Monday, August 07, 2006

Isu Khery Jamaluddin... ehem..ehem !
KUALA LUMPUR: Pelbagai peringkat kepemimpinan Umno semalam menganggap hasrat Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meletak jawatan bukan penyelesaian terbaik untuk menyangkal fitnah terhadapnya

tauxpe ~ ala bucuk... siannya dia... apa ni... takkan Panglima Pemuda UMNO nangis alamak tak gempak ler...sendiri mau ingatlah khery.. tok sah nak berdrama... kau buat so kau kena tanggung ! Dan kau kena ingat juga semua isu ttg kau ni... pendedahan ttg pelbagai salah guna kuasa kau tu semuanya adalah pendedahan org UMNO sendiri..depa semua nampak kerakusan kau.. depa nampak permainan politik peribadi kau... dan depa semua bengang lagi pulak depa nampak semua benda yang kau dpt..pejabat di tingkat 4 ! ECM Libra, jawatan Naib Ketua Pemuda dan semuanya adalah hasil hubungan kau dgn pak mentua kau tu... kau boleh nangis kau boleh meraung... kau boleh bersandiwara tapi org tahu...nangis kau tu nangis apa...meraung kau tu meraung apa... semuanya tangis dan raung tahap buaya jer tu... satu skrip yang telah dirancang oleh spin doctor kau yang hebat-hebat tu ! almaklumlah kau link kan seluruh dunia !

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin boleh meletak jawatan parti jika sudah dianggap satu liabiliti kepada parti

tauxpe ~ Liabiliti pada parti sudah tentu tapi liabiliti pada mu tu jangan lupa nak sebut tok ayah lah... aku buat konklusi mudah tok ayah lah semua masalah ni... semua yang dihadap oleh umno ni semuanya berpunca daripada kau... sikap kau sendiri... kau yang buat tak tahu teguran org.. konon nak jadi mr cool.. tak melatah... apa dah... nak jadi mr cool masuk pertandingan Jejaka Macho ler... org dah lama bercakap soal khery yang diberi kuasa terlalu lebih sehingga kekedang kuasanya melebihi kuasa PM pulak tapi kau buat tak tahu.. kau buat bodoh... sekarang bila segenap sudut dalam dan luar UMNO mula menekan baru kau nak kecoh... nak suruh letak jawatan... no way tok ayah lah... rakyat semakin bijak... rakyat tahu untuk selsaikan segala masalah.... untuk mengubatinya... untuk mengekangnya kaedah yang paling baik ialah go to the root... pergi kepada asas permasalahan itu... dan sikap kau... kaedah pentadbiran kau... itulah masalah utamanya... hari ini khery boleh letak jawatan tapi siapa boleh jamin takkan wujud 10 org khery lagi selepas ni jika sikap kau yang buat bodoh tu masih menguasai pentadbiran negara !

KLANG 6 Ogos – ‘‘Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang’’. Itulah peribahasa yang masih kedengaran ditujukan kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin walaupun beliau telah menafikan dakwaan berkahwin dengan pelakon, Maya Karin.

tauxpe ~ sikit jer khery... kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang.... ! sendiri fahamler ?

REMBAU 6 Ogos – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sudah memberikan penjelasan yang mencukupi bagi menjawab segala tuduhan terhadapnya dan kini mahu menumpukan perhatian kepada kerja-kerja parti.

tauxpe ~ sebenarnya dari dulu lagi org dah jelas khery... org dah jelas sapa kau sebenarnya... org dah jelas... type person mcm kau ni... so no need to explain... we're clear about yourself... and please jgn gunakan ugutan untuk lepas jawatan tu... just resign ! semua amat mengalu-alaukan !

Isu Dr. Mahathir... !
IPOH 6 Ogos – Persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat hari ini dikejutkan dengan pengumuman peletakan jawatan ketuanya, Syed Mohamed Noor Azmi Syed Hassan Nazari.

tauxpe ~ percayalah cakap aku... perletakkan jawatan ini adalah satu permulaan kepada gelombang permainan dr mahathir... aku bukan gembira sangat tetapi setidak-tidaknya semua rakyat boleh lihat sendiri benar atau tidak segala apa yang pernah disebut oleh pimpinan-pimpinan BA sebelum ini... tentang korupsi... ttg budaya politik yess man... ttg amalan korupsi...ttg salah guna kuasa dan segalanya... jika dulu dia orang ni cover tapi ler ni terbongkar... betul pepatah melayu sebut bangkai gajah nak tutup ngan nyiru... mana boleh... lama-lama org akan tahu... lama-lama org akan terhidu... kalau tak dia busuk sendiri... pasti akan ada org yang akan cerita ttg kebusukkannya... now yang membongkar... yang cerita... yang cakap... yang dedah tentang segala kebusukkan ini... tiada yang lain melainkan bekas PEMIMPIN KESAYANGAN mereka sendiri... so come on judges it's... please M'sian jgnlah sampahkan minda kita dengan ketaatan melulu... don't it's time untuk kita wake up... ini masanya untuk kita show what it's PEOPLE POWER all about ! Let show them ! Negara ini milik kita semua bukan milik sekelompok pimpinan elit yang berada dipuncak kekuasaan itu ! NO... untuk kesekian kalinya mari kita tunjukkan kepada mereka betapa kita sayang negara ini... betapa kita cintakan negara ini... dan kasih sayang kita kepada negara ini bukanlah satu penzahiran yang lahir dari kaca mata politik kepartian... come on WE LOVE M'SIAN kerana kita rakyat M'sia ! ANd we teach them how to love this country ?

TUARAN 6 Ogos – Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengkritik kepimpinan negara dalam siri jelajahnya ke seluruh negara boleh menggugat UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.Beliau yang melahirkan kebimbangan itu tidak menolak kemungkinan BN terpaksa berdepan dengan situasi yang hampir sama dengan pilihan raya umum 1999, jika siri jelajah itu berterusan.

tauxpe ~ baik letak jawatan jer lah radzi oi ! kalau kau berperanan sebagai SU AGung dengan baik... semua ni takkan berlaku... dan lagi satu sifir politik smeudah inipun takkan kau tak tahu... sifir politik org Melayu takkan kau tak tahu ! Aku yang kategori budak baru belajar ni pun dah boleh baca... takkan kau sekarang baru perasan... come on radzi woi... apa ke hei segal sangat ! come on radzi... dulu 1998 kau org berdepan dengan Anwar, org2 dia dan rakyat yang prihatin tapi ler ni kau akan berdepan dengan revolusi org umno sendiri... kau akan berdepan dengan "kononnya" 3.5 juta ahli umno tu... kau mungkin programkan rakyat.. tapi ahli umno yang kentut kauorang pun diaorang tahu... tokak kau orang pun diaorang tahu... lagu mana ? lagu mana kau nak buat ? mahu jadi mcm 1987... mcm aku cakap segala yang berlaku ni kerana kelemahan tok presiden kau tu... segala apa yang berlaku ini kerana kauorang beranggapan pdg yang dimainkan oleh che det tu pdg yang rapuh... come lah semua org tahu siapa che det.. dia fighter... kau dah hina dia... kau dah kutuk dia... takkanlah dia dengan semudah itu nak berpeluk-peluk dan berbaik-baik semula... anyway aku malas nak masuk campur...itu hal kau tapi kalau isu ini melibatkan kepentingan rakyat... we are ready to rock your world... not because of che det tapi sebab rakyat... org umno nak sokong che det itu hal dia... tapi kita org ready to fight untuk kepentingan rakyat dan negara ! are you ready.......???????

2 comments:

fiq said...

macam penyu nak betelor die nangis =p
alolololo~~~

Anonymous said...

HAHAHAHA,,, HAI LA LAH YG BENGONG,,,,,,,,,,,,,