ISU : RM600 juta wang milik pencarum KWSP yang dilaburkan ke dalam unit amanah mengalami kerugian
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Kesatuan-kesatuan sekerja dan persatuan pengguna hari ini menggesa kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghentikan segera skim pengeluaran caruman untuk dilaburkan ke dalam unit amanah bagi mengelak kerugian yang lebih besar kepada pencarum.
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengingatkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya berhati-hati jika ingin membuat pelaburan dalam unit amanah kerana risiko kerugian akan ditanggung sendiri.
"Ini adalah satu kejadian yang malang, yang mendukacitakan...malang bagi orang yang menggunakan kesempatan untuk mengeluarkan wang untuk melabur. Saya tidak tahu dia melabur di mana,"
"Kalau dimasukkakan ke dalam unit-unit amanah yang menjanjikan (pulangan) yang bukan-bukan, itu akan menyebabkan satu kerugian kepada orang yang berkenaan. Mungkin dilaburkan ke dalam Unit Trust yang tidak bermaya agaknya,"
tauxpe ~ Kesian aku nengokkan nasib rakyat M'sia ni... simpan duit lama-lama... puluh tahun lepas tu ghuyub begitu jer... entahlah aku pun tak reti nak cakap tapi bila sebut pasai unit kluar duit KWSP lepas tu labur dlm Unit Amanah ni teringat aku kes Amanah Saham Negeri... siapa dok ingat... kes Dana Johor (DJ) , Amanah Saham Johor (ASJ) dan banyak lagi ler... masa kes ASJ ni meletup fuh kenyataan MB Johor aku dok ingat lagi... dgn sungguh-sungguh cakap ASJ dan DJ ni akan cecah RM 5 seunit... berduyun-duyun beli... keluar duit simpanan... buat pinjaman kat bank... jual kereta... pajakkan tanah... semuanya kira nak melabur dlm ASJ dan DJ.. lepas tu... apa jadi... itu dia ghuyub... dari seringgit sesaham... tinggal 20 sen... yang kesiannya pelabur tu... yang dah buat pinjaman itu dia sibuk turun naik mahkamah sebab mengadap tuntutan hutang dari bank... yang pajak tanah, lebur gitu jer tanah... yang jual kereta, kalau masa labur harapan lepas ni nak pakai kereta besar, memang betui dapat kereta besar siap pemandu lagi tapi kena kongsi ler... NAIK BAS... celakanya time tu yang dulu cakap saham confirm untung dok diam jer... buat bodoh jer... bila ditanya buat janji bukan-bukan... itulah... ini lah... tapi sampai ler ni semuanya sangap ! Beringat ler korang... selagimana kerajaan yang memerintah ni adalah kerajaan UMNO kau orang beringat ler nak labur duit tu... aku bukan apa kesian... aku dok tengok sendiri mcmana rumah org kena sita pasai ASJ dan DJ ni... sampai mesin jahit buruk pun dirampas... alas meja pun dirampas ! Aku bukan nak hasut tapi selagi kerajaan penuh dengan korupsi... amalan kroni berkuasa... selagi tingkat 4 lebih berkuasa dari tingkat 5... selagi tok ayah lah berlagak cool... selagi umno memerintah... selagi BN berkuasa... beringatlah kau orang bila nak invest dlm mana-mana skim perlaburan... sebab orang cakaplah... ini orang cakaplahkan.... kalau ikan... kepalanya dah busuk jangan haraplah isi, telur, mata, mulut dan segalanya nak OK... so jom mari kita pakat-pakat buang "ikan busuk" ni tak berjenis dan tak berfaedah... beri makan kat kucing jer !
No comments:
Post a Comment