Assalamualaikum wbt...
Ini adalah pencak aku yang pertama.. pencak aku ni aku mulakan dengan mencabar kau orang untuk buat sedikit pengiraan menolak 2006 dengan 1988 kemudian pastikan jawabannya 60.. boleh atau tidak ? Semua tentu pelik apa maksud cabaran aku nikan.. tapi aku pasti kau orang telah dapat menangkap maksudnya.. Inilah persoalan yang bermain di kepala otak aku yang tak berapa nak pandai... tapi aku percaya untuk mencongak kiraan mudah itu aku tak perlu jadi segenius Adi Putra cukup dengan adanya sebuah kalkulator.. aku tahu jawaban bagi 2006 - 1988 jawabannya ialah 18.. tapi yang menjadi musykil pada aku.. mengapa tiba-tiba ada pula orang yang kononya mengaku cerdik dan pandai melakukan pengiraan yang sama tapi jawabannya 60 !? Dan si cerdik dan pandai itu tidak lain tidak mereka yang duduk didalam UMNO ( Baru ) yang akan menyambut kononnya ualang tahun penubuhannya yang ke 60 tahun.

Aku tak malu untuk katakan aku orang UMNO tapi aku bukan org UMNO yang duduk dalam UMNO (Baru) yang pengasasnya Dr. Mahathir, aku org UMNO yang pengasasnya adalah Dato' Onn. Bagi aku UMNO (Baru) yang ada sekarang ini adalah UMNO palsu dan tarafnya sama saja seperti VCD cetak rompak yang berlambak dijual dipasar malam ! Aku adalah segelintir yang tidak pernah mengiktiraf UMNO (Baru) yang ada sekarang ini adalah satu kesinambungan daripada perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Dato' Onn. Aku berpegang kepada kata2 yang diluahkan oleh Bapa Kemerdekaan negara Tunku Abdul Rahman yang juga tidak mengiktirafkan kewujudan UMNO (Baru) ini sebagai entiti daripada UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946. UMNO itu bagi aku telah mati dan telah dikuburkan didalam persengketaan yang penuh dendam dan dengki oleh pemimpinnya.
Aku telah ditunjukkan satu draf tulisan berkenaan sambutan 60 tahun UMNO yang akan disiarkan tidak lama lagi oleh seorang pimpinan pembangkang. Aku tahu yang menulis itu adalah pembakang yang menentang UMNO (Baru) dan berusaha untuk menjatuhkan UMNO yang ada hari ini dari tampuk pemerintahan, walaupun menyedari hakikat itu aku tak mampu untuk menolak satu pun hujahnya melalui tulisan itu tentang kepalsuan UMNO (Baru). Walaupun aku sedih melihatkan setiap apa yang dinukilkan tapi akal aku yang masih rasional ni tak mampu menolak bahawa setiap alasan yang digariskan oleh penulis itu untuk membuktikan bahawa UMNO (Baru) yang ada hari ini bukanlah kesinambungan daripada UMNO Dato' Onn malah hujahnya menggariskan betapa jauhnya beza dasar perjuangan antara UMNO Dato' Onn dengan UMNO Dr. Mahathir cukup menginsafkan aku..
Marah aku membuak bila menyedari betapa mereka2 yang mengaku mewarisi perjuangan ini daripada pimpinan terdahulu sebenarnya adalah musang yang berbulu ayam;PENGKHIANAT ! Malah kerana penulisan itulah aku gagahkan diri aku untuk menerima 'paksaan' randomsz untuk menulis didalam blog ni. Selagi aku hidup dan bernafas dan jejari aku ni masih lagi kuat aku akan terus berpencak.. aku akan terus menjadi Hang Jebat.. walaupun untuk itu aku digelar petualang.. maka petualanglah aku.. !
Bagi aku orang Melayu hari ini perlu menjadi lebih kritis, tidak dengan sewenang-wenangnya menerima setiap apa yang diberikan oleh pemimpinnya kerana aku percaya itulah gagasan UMNO yang dicetuskan oleh Dato' Onn untuk menjadikan orang Melayu yang benar2 merdeka dari segenap segi bukan sekadar merdeka yang separuh masak. Tidak kira siapapun mereka UMNO ke, PAS ke, KEADILAN ke atau sesiapa pun mereka perlu untuk memikirkan kelangsungan hidup orang Melayu. Jika PAS berjuanglah dengan landasan Islamnya maka berjuanglah.. jika KEADILAN dengan dasar multi racialnya berjuanglah.. sehingga sampai ke matlamat untuk melihat orang Melayu.. orang Islam tidak lagi menjadi hamba sesama sendiri.
Kita tentang budaya politik tipu sana tipu sini.. kita tolak budaya politik pak turut... kita tolak budaya politik ampu.. kita tolak budaya politik yang hanya sibuk mengejar pangkat dan harta.. kita berjuang bersama untuk melepaskan diri kita daripada politik pura-pura dan sampah seperti yang diwajahkan oleh UMNO ketika ini.. jika sejarah sendiri pun mereka keliru maka mana mungkin mereka mamapu untuk berdiri memikul amanah untuk mencipta sejarah orang lain.. lupakan sajalah ! pencakOTAI
No comments:
Post a Comment