KEMAMAN: Seramai 3,000 anggota tentera laut Amerika Syarikat dan Malaysia sedang menjalani latihan kesiapsiagaan bersama dalam Eksesais "Cooperation Afloat Readiness And Training (CARAT)" di perairan Laut China Selatan dan Mersing, Johor, selama 10 hari hari bermula semalam.
Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais Markas Operasi Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia, Brig Jen Datuk Jusof Embong, berkata latihan secara bersepadu itu boleh menjadi satu platform kepada kedua-dua negara untuk bekerjasama lebih erat dalam bidang ketenteraan.
Beliau berkata program latihan itu melibatkan kaedah peperangan di laut dan darat, latihan menyelamat serta perhubungan komuniti dengan penduduk setempat.
"Kementerian Pertahanan amat berbesar hati menerima kunjungan kira-kira 1,500 Tentera Laut Amerika Syarikat untuk menjalani latihan di perairan Laut China Selatan dan juga di sekitar pantai Mersing.
"Kita berharap agar latihan ini berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini dan saya menyeru kepada anggota tentera kita supaya menimba pengalaman secukupnya daripada latihan yang diadakan itu," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Latihan CARAT 2006 di Awana Kijal Resort dekat sini hari ini.
Jusof berkata beberapa siri latihan lain juga telah dirancang dalam eksesais itu termasuk Tombak Penyu, Mekar, Menyelamat, Peperangan Udara dan Pengawasan Pantai.
Katanya satu aktiviti kemanusiaan antara tentera Amerika Syarikat dan penduduk setempat akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Seberang Tayur dekat sini esok.
Dalam aktiviti komuniti itu, tentera Amerika akan menghadiahkan 12 buku kepada sekolah itu di samping mengadakan klinik sukan, menyerahkan peralatan sukan serta dua kotak berisi alat dan perubatan di samping mengecat sebuah bilik darjah. BERNAMA
tauXpe: benarlah segala gambar yg di tunjukkan sebelum ini di mana PM/Pengerusi OIC/ Presiden UMNO/BN hanyalah boneka Amerika..tak lebih dari tu..wahai penyokong UMNO semua! kamu saksikanlah sendiri pemimpin2 Islam kamu yang membenarkan tentera kuffar menjejakkan di bumi Islam Hadhari Terengganu....Di ketika ini..aku amat sebak sekali, bila teringatkan sahabat2 kita di seksa di Iraq, Afganistan, Palestin dll oleh Amerika dan Yahudi..tapi kita?????Ya! Allah! kau hancurkanlah pemimpin 2yang munafik ni! AllahHu Akhbar!
No comments:
Post a Comment