Monday, August 14, 2006

Khery Merajuk !
KUALA LUMPUR 12 Ogos – Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin telah menjual semua sahamnya sebanyak 10.2 juta saham yang mewakili 1.23 peratus ECM Libra Avenue Bhd., sebuah syarikat pelaburan dan broker saham, demikian diumumkan hari ini.

tauxpe ~ lah ingatkan kuat sangat... ingatkan kau ni jenis berpendirian rupanya hampeh... kena tekan sikit terus beralah... tapi kau jgn ingat khery "the biskut mery" semua masalah dah settle... dak... tak de bendanya yang settle... kau jual ker tak saham kau dlm ECM takkan menjawab persoalan mengapa dlm tempoh tak sampai beberapa tahun kau terlibat dlm politik negara kau boleh jadi jutawan... ianya takkan menjawab dari mana 9 juta duit yang kau dpt tu... so jgn dok harap org akan berhenti... lagipun sapa nak berhenti hentam kau kalau kau sendiri dah tunjukkan attitude yang kau ni weak... mcm ketua kau kak hisham tu juga... kena push jer surrender... apa dah... kalau kau yakin kau betul buat apa nak mengalah... lawanlah... ini mesti ada udang disebalik mee ni ?

UMNO Seperti Meludah Kelangit !
BUKIT MERTAJAM 12 Ogos – Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menolak dakwaan pihak tertentu bahawa beliau gagal membantu orang Melayu sehingga menyebabkan mereka terpinggir daripada pembangunan pesat di negeri ini.

tauxpe ~ tok sah nak salahkan sukun tu... kalau naka salahkan nun yang dok kat kerusi PM... bukan ker yang dok kat kerusi PM tu lebih berkuasa banding yang duduk kat kerusi KM... kalau dia bersungguh mcm-mcm cara boleh bantu org penang... apa dah setakat nak buat gempak politik murahan mcm ni baik tak yah buang masa dan buang karan jer... setakat nak retorik kununnya membela melayu tok sah lah. Dah nak masuk 50 tahun merdeka... tapi nasib org Melayu penang takuk tu juga... malah makin merempat.. mcm melukut ditepian gantang... Tok sahlah berlakon geli menengokkannya !

Dr. M Hancurkan UMNO - Zeri "Penyokong IFC"
KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menganggap tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berterusan mengkritik pemimpin dan kerajaan bertujuan mahu menghancurkan parti dan menjatuhkan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

tauxpe ~ amacam che det... si zeri "kecut" tu nampaknya semakin celupar... amacam ada harapan... dulu dialah kaki cium tangan kelas pertama... kalau puji itu dia melambung-lambung.. ler ni penyokong kuat kumpulan Artikel 11 ni masih lagi berlagu yang sama cuma beralih kiblat jer... dulu kau sekarang tok ayah lah... Kau ni zeri sebenarnya sengal... kalau ada org yang boleh dituduh memecah belahkan umno org mcm kau ler ni yang selayak-layaknya... yang kau cakap bukan untuk meredakan keadaan tapi mcm menambahkan lagi minyak diapi yang tengah marak... kau sebenarnya nak meneguk diair yang keruh... kononnya nak jadi pahlawan UMNO... citt porah... kau dengan che det sama jer... jenis telunjuk lurus kelingking berkait... hampas... kategori politikus murahan mcm kau ni dah nak pupus dah... kalau akulah org UMNO compare dengan che det... ada lebih baik pecat botak penyokong gerakan anti-Islam ni... apa taknya sedang org cuba nak menenangkan kocak yang ada dtg kau baling lagi batu... kau ni aku rasa ada personal agenda ler... tak pun kau ni sebenarnya "anjing" suruhan che det yang diupah untuk mengkucar-kacirkan UMNO dari dalam... ada mungkin juga kan ?

Pi Nasihatkan Pak Hang Tu... - Nazri Aziz !
‘‘Jadi saya rasa nasihat itu patut diberikan kepada bapa dia. Bagi tahu pada bapa dia sebab kita hanya menari, dia pukul gendang. Kalau dia (Tun) tak pukul gendang, kita tak menari. Jadi kalau mahu kita berhenti tentang perkara ini, bagi tahu kepada bapa dia, berhentilah (mengkritik). Dia berhenti, kita pun berhentilah."

tauxpe ~ ni ler UMNO... pemimpin dia jenis hati busuk semuanya... jenis kalau bergaduh putus sedara punya... jenis yang "itu batu besar juga ada duduk dalam dia punya kepala"... jenis Melayu kategori haprak dan kurang ajar... jenis bodoh sombong... yang bengapnya melampau-lampau dan tak boleh dilentur... jenis mulut hancing dengan ampu... kau orang fikir sendiri ler.. kategori jenis manusia mcm ni ker yang hendak kita tauladankan sebagai pemimpin.. hampeh... kalau dengan bekas pemimpin ulung dia pun dia buat lagu tu... hanya kerana si tua tu kritik dan tegur... terus buang rasa hormat... terus hilang rasa sayang... hilang terus panggilan pangkat... panggil "bapa kau" jer... nampak sangat ler tok ayah lah ni jenis ketua yang tak reti nak menilai... kalau org mcm zeri penyokong gerakan anti-islam tu pun dia pilih duduk kat kabinet... maka entah apa lagi keputusan "silap" yang boleh dia buat...

Pi Mai... Pi Mai.. Tang Tu Jugak !
BENTONG 12 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharum mencadangkan supaya Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bersepakat mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menangani kemelut antara bekas Perdana Menteri itu dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

tauxpe ~ tak habis-habis beri cdgan... lepas satu... satu... tapi sampai ler ni isu perang che det ngan tok ayah bedewi tak habis-habis... makin melarat adalah... kalau hal dlman parti sendiri pun tak reti nak hendel lagu mana agaknya nak handle masalah negara... kalau small matter mcm che det ni pun tak boleh selesai maka tak heranlah... bile negara ada masalah... depa semua ni ambil jalan mudah jer... kena gertak ngan Singapore pasai Jambatan Indah... terus cancel projek walaupun sebelum tu masing-masing siap nak bertumpah darah mempertahankannya... bila kerajaan dah semakin kering duit pun ambil jalan mudah dengan naikkan rega minyak... kononnya nak guna duit tu untuk baiki sistem perhubungan negara tapi sampai sudah tak nampak bayang... buat monorel dan jambatan Penang ke 2 pun guna modal swasta... takuk manalah agaknya pemimpin-pemimpin UMNO ni... kalau nak diberikan tingkatnya tu tingkat basement pun tak layak... Balik pasai isu che det... org tua tu dah cakap cara nak settlekan just jawab semua soalan dia... so buat apa nak dok atur tu... atur ni kalau setakat nak menyakiti hati org tua tu... aku tak kisah sebenarnya... gasak kau org ler nak gaduh... tapi yang aku dok sibuk bercerita ni pasai tindakan kau orang ni membahayakan kedudukan negara... dok sibuk berpolitik sesama sendiri negara kita tunggang terbalik... puak anti Islam semakin menyinga... inflasi semakin meningkat... ! apa heh.. ?

2 comments:

Anonymous said...

kadang2 best jugak baca kritikan kau ini...

sebenarnya aku ini ialah... lihat namaku:

Anonymous said...

Excellent, love it! »