Monday, August 14, 2006

Yer ker... Ker ye ?
BAGAN SERAI 13 Ogos – Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan tergugat selagi beliau menerima sokongan padu daripada semua peringkat kepimpinan UMNO.

tauxpe ~ ayat ni sebenarnya boleh diterjemahkan kepada 2 maksud sebenarnya... satu membawa maksud tok ayah bedawi kita ni power giler ler... kira sepower mcm geng dia george bush ler gamaknya... tapi satu lagi membawa maksud signal politik yang terang... key dia pada perkataan "SELAGI" . Maksud ayat ini jika dibaca mengikut bacaan politik secara reverse bermaksud kalau nak aku naik... nak jatuhkan tok ayah bedewi caranya semua peringkat kepimpinan umno kena do something... ada faham tak... kalau secara reverse tu maksudnya menyokong kepada apa yang che det uar-uarkan... iaitu org yang paling qualify utk duduk di kerusi PM ialah Najib... so ianya boleh dibaca sebagai satu signal kepada penyokong tok jib untuk melakukan sesuatu diperingkat bawahan... aku yakin ramai yang cenderung dengan telahan ni... sebab sepanjang isu che det perang ngan tok ayah bedawi... kenyataan tok jib lebih banyak terfokus mengangkat diri dia berbanding membela tok ayah bedawi... memang benar most of kenyataan tok jib meluahkan kesetiaannya kepada tok ayah bedewi... tapi semua kenyataannya tu dlm nada play safe... dia tak menyerang che det... inilah sebenarnya permainan tok jib... dia tahu pergaduhan kedua-dua ni memang akan menguntungkan dia !

Satu Lagi Pementasan Drama !
“Saya nak pastikan tiada ketirisan berlaku di mana saham yang dipegang oleh orang Melayu itu seelok-eloknya pergi kepada syarikat yang dikuasai orang Melayu. Selain itu, ada syarikat antarabangsa yang hendak beli tetapi saya tolak kerana itu adalah ketirisan dan ada juga seorang tauke Cina yang kaya-raya turut membuat tawaran menarik yang sekali lagi saya tolak kerana mahu saham saya dibeli oleh syarikat bumiputera sahaja,”

tauxpe ~ dah puas kau jual kepentingan negara kepada negara luar lepas tu kau nak buat lawak mr bean pulak kononnya kau ni best dan berjiwa Melayu tulen... aku tak tahu lah pulak kalau org dah lupa mcmana kau invite syartikat-syarikat luar dari singapura dlm beberapa syarikat milik kerajaan yang punyai kepentingan strategik... tapi aku percaya org takkan lupa semua tu... so pleaselah khery jangan nak dok mengaku kau tu berjiwa patriotisme... pleaselah tok sah citer pasal ketirisan... mulut hancing kau tu tak layak nak citer pasal semua tu... org mcm kau ni sebenarnya muflis jiwanya... ! tok sah nak berlakon kat sini... sekilas ikan diair kita orag dah tahu yang mana bilis dan yang mana naga buana !

Letak Jawatan Jerlah Pak Lah !
KEPALA BATAS 13 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu mendengar pandangan pihak-pihak lain terlebih dahulu berhubung kenyataan yang menyifatkan tindakan berterusan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkritik pemimpin dan kerajaan, sebagai usaha cuba menjatuhkannya.

tauxpe ~ hampeh.. kau tahu tak kenyataan si botak penyokong gerakan anti Islam tu boleh memberi kesan kepada kestabilan negara... awatnya semakin hari semakin bengap kau ni aku nengok... semakin hari semakin terserlah ketidaklayakkan mu untuk menjawat jawatan PM... ada ker patut kau boleh biarkan rumors wujud usaha untuk jatuhkan PM gitu jer tanpa ada usaha untuk mengekangnya... malah kau galakkan lagi... kau tak tau ker kesannya kepada ekonomi negara... takkan itu pun nak diberitahu... tak sedar ker kau mcmana kesannya kepada pelabur jika rumors ini berterusan... sangap betullah kau... taulah nak jadi mr cool tapi tak semua benda kau boleh buat cool jer... itu bukan cool namanya... itu sengal namanya... dah lah pelbagai isu yang timbul melibatkan susah seang rakyat kau buat bodoh jer... ni berita mcm ni pun kau nak biarkan juga... letak jawatan jerlah !

Patutlah Hura Hara DIbuatnya !
JOHOR BAHRU 13 Ogos – Kesetiaan yang ditunjukkan oleh ahli dan pemimpin UMNO kepada pemimpin sedia ada tidak semestinya memberi gambaran bahawa ahli-ahli UMNO sudah tidak menghormati lagi bekas pemimpin parti itu.

tauxpe ~ memang ler umno ni jenis tak belajar dari sejarah... depa semua ni tak sedar apa yang berlaku pada hari ini... adalah kesan pendirian bengap dan bodoh sebeginilah... che det ni jadi merapu mcm ni puncanya daripada sikap pemimpin UMNO mcm inilah... sikap patuh, taat, setia membuta tuli yang diamalkan menjadikan mereka-mereka ni berjiwa hamba... mereka semua ni bukan pemimpin tapi hamba haprak yang tak berpendirian... jangan salahkan che det atas apa yang dilakukan.... semua ini berpunca daripada sikap kalian sendiri... jika kalian daripada dulu berani bersuara, tegas berpendirian che det takkan lagu ini sikapnya... tapi kerana kau orang lebih senang sujud sembah mengampu-ampu maka jadilah begitu kelakunya che det... percayalah kau sikap kau orang ni akan melahirkan seorang lagi che det didalam diri tok ayah bedewi... kau orang sepatutnya malu dengan diri kau orang sendiri.. menjadi pemimpin yang mati jiwanya ! Maka dalam keadaan begitu tiada bezanya "anjing" peliharaan... disuruh bangun... bangun... disuruh guling... mengguling... ! kau orang fikirkan sendiri ler !

Dulu Cium Tangan..... !- MUkriz
“Apa yang saya kesalkan ketika bapa saya berkuasa dulu, orang-orang inilah yang datang dan mencium tangan bapa saya, malah ada yang menghormatinya sebagai bapa sendiri tetapi kini cuba anda lihat segala jenis tohmahan dilemparkan kepada beliau,”

tauxpe ~ tok yah bedewi... semua ini adalah satu pengajaran kepada kau... jgn kau mudah sangat merasa gembira atas segala yang berlaku kepada che det... ingat... apa yang berlaku kepada che det adalah satu contoh baik untuk semua renungkan bagaimana buruk dan huduhnya wajah UMNO ketika ini... kalau che det yang penuh berjasa itu pun akhirnya dipandang hina dan disampahkan oleh mereka yang memujinnya dulu... so fikirkanlah apa sangat ler jasa ahli bawahan untuk dikenang dan dihargai ! tok ayah bedawi ingat sekarang masa che det... masanya akan tiba kau akan rasa juga ! dulu dato onn dah rasa... tunku pun dah rasa.... ghafar pun begitu juga... sampai merayu-rayu... sampai merangkak-rangkak mengharapkan belas dan ikhsan daripada kau orang... sampai masanya kau orang akan rasa juga !

Siap Merayu ? Buat Malu Jer !
KEPALA BATAS 13 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil kira cadangan-cadangan yang disuarakan oleh masyarakat Melayu bagi memelihara kepentingan mereka di negeri ini.

tauxpe ~ kau bercakap mcm penang tu sebuah negara lain... apa citer ni... kau tu PM dan Penang tu negeri bawah peerintahan kau... lagi pulak kau tu dari ceruk tu juga so awatnya sampai nak kena rayu pada KM Penang untuk pelihara nasib org Melayu kat situ... kau sepatutnya tegas... tegas tu bukannya bermaksud kau kena rampas segala milik bangsa lain serah kat org Melayu... tapi yang dimaksudkan tegas ialah... kau tu patutnya kena berikan tumpuan kepada golongan Melayu Pulau Pinang yang minoriti tu... ini tak kau buat tak tahu jer... kau buat pandang sebelah mata jer... kalau kau sendiri tak nak ambik tahu pasai org Melayu Penang so tok sah harap ler si sukun tu nak ambik tahu... kalau org Melayu sendiri khianat kat bangsanya sendiri so tok sah haraplah bangsa lain nak membantu... ! Itupun tak faham... ! Baik taj yah jadi PMlah tok ayah bedewi... buat malu jer org Melayu jer !

6 comments:

fiq said...

um..paklah nampak rock dengan rambut panjang.hohohohohoho

Anonymous said...

assalamualaikum.. just nk mintak korang hayati penulisan si KeretaMayat di http://www.keretamayat.blogspot.com/

ini aku paste keratan yg menarik dr blog tu :

Walaupun begitu dalam mendakwah golongan di atas perlu ada hikmah, sebab, jika tak kena gaya(tak ikut sunnah) boleh murtad, korang nak ke borang murtad setinggi ni? (sambil membuat isyarat dengan tangan di angkat lebih tinggi dari kepala)

Satu cerita benar, di ceritakan oleh ustaz M, seorang alim telah menegur seorang remaja yg berseluar pendek dalam keretapi.. dengan berkata tegas bahawa haram berseluar pendek dalam islam…pemuda itu berkata, oh.! islam begitu payah dan cerewet sekali..dan pemuda itu terus murtad di situ juga!org alim ini sangat menyesal, dan bertaubat bahawa mulai hari tak akan menegur hal yg remeh sebegitu dan akan menggunakan pendekatan secara hikmah..

x perlu nk hentam kromo.. x perlu nk kutuk mengutuk.. kita sesama Islam.. fikir2kan lah..

fiq said...

menarik! kenalkan la diri~

Anonymous said...

BN hidupkan semula hiburan maksiat PDF
Thu | Aug 17, 06 | 02:52:58 PM
Oleh Azmi Yusof

MARANG, 17 Ogos (Hrkh) - PAS mengingatkan rakyat negeri ini supaya menjauhi hiburan maksiat yang dihidupkan semula oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) setelah mengambil alih pemerintahan negeri.

Sehubungan itu, Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat negeri ini hendaklah menyedari bahawa PAS telah mengharamkan hiburan seperti itu semasa memerintah negeri sebelum ini.

"Kita kena sedar, masa kita perintah, kita haramkan hiburan maksiat, yang bercanggah dengan Islam yang menyebabkan anak muda kita menjadi rosak, kita haramkan," ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Kepada Golongan Miskin di pekrangan Masjid Ru Muda, dekat sini, petang semalam.

Seramai 200 orang daripada 180 keluarga menerima sumbangan yang disampaikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Adun Rhu Rendang pada majlis yang dianjurkan oleh Muslimat Dun Rhu Rendang itu.

Bagaimanapun, katanya BN menghidupkan semula hiburan maksiat yang telah diharamkan oleh PAS itu yang menyebabkan berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan.

"Bila BN perintah, dia buat balik hiburan maksiat, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batas, hiburan yang kita haramkan dia buat balik," ujarnya.

Secara kebetulan, malam tadi diadakan konsert anjuran kerajaan negeri yang melibatkan juara Akademi Fantasia musim keempat, Mohamad Faizal Ramly di Pantai Peranginan Kelulut, dekat sini.

Tuan Guru Abdul Hadi yang juga mantan Menteri Besar menyeru rakyat supaya mengambil iktibar dengan apa yang dilakukan oleh kerajan BN negeri sekarang.

Jelasnya, berhibur tidak menjadi kesalahan dengan mengikuti bats-batas yang telah ditetapkan dalam Islam.

Bagaimanapun, katanya apabila berlakunya percampuran tanpa batas antara lelaki dan perempuan serta meninggalkan sembahyang, maka hiburan seperti itu adalah haram.

"Hiburan tak menjadi salah tapi sembahyang tak boleh tinggal, percampuran bebas antara lelaki dan perempuan tak dibenarkan. Dia (BN) buat hiburan bercampur lelaki dan perempuan, waktu sembahyang tak peduli," ujarnya lagi.

Menurutnya, kemungkaran dan hiburan seumpama itu perlu dielakkan kerana ianya akan menghanyutkan manusia.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada ibu bapa supaya menjaga anak-anak daripada terpengaruh dengan hiburan dan kemungkaran yang melalaikan itu.

"Jadi kita kena jaga anak-anak kita, dalam masa yang sama, sembahyang jangan tinggal kerana ia menjadi penolong kepada kita," katanya.

Anonymous said...

Islamnya Malaysiaku... HAdhaRINYA malaysiaku,,,oh malaysia,,, oh malaysia,,,,,
Message:




aku sangat bertuah kerana dapat hidup dalam sebuah
negara Islam yang sangat kuat semangat
keIslamannya, iaitu Malaysia. Di sini ada banyak
bukti yang menunjukkan yang Malaysia itu sebuah
negara Islam. Sekali lagi aku rasa sangat bertuah!

1) Di Malaysia pemimpinnya melaungkan keIslaman,
tapi satu hukum Allah pun tak dilaksanakan.

2) Di Malaysia ada Tilawah Al-Quran peringkat
Antarabangsa, tapi isi kandungan Quran satu pun
tak diendahkan.

3) Di Malaysia ada banyak kilang arak, disko,
pelacur dan kelab dangdut, dan yang mengunjunginya
orang Islam.

4) Di Malaysia ada Menteri yang mencadangkan
panjangkan masa berhibur di tengah malam, supaya
negara Islam dapat membangun.

5) Di Malaysia tak boleh pakai kopiah, songkok
atau serban masa sekolah, tapi orang Singh pakai
serban tak apa.

6) Di Malaysia ulama'nya dikeji difitnah dan
dikongkong, tapi paderi Kristian tak pernah dikeji
oleh orang Kristian.

7) Di Malaysia wanita Islamnya ramai yang tak
pakai tudung, tudung tu imej saja, takde kaitan
dengan Islam.

8) Di Malaysia Islam dan kehidupan dipisahkan,
masa sembahyang bertudung litup, lepas sembahyang
tudung pun terbang.

9) Di Malaysia buat Islam Hadhari supaya maju,
zaman kegemilangan Islam dibawa Nabi Muhammad
s.a.w dulu tak cukup maju lagi, sebab takde Islam
Hadhari.

10) Di Malaysia ada banyak rancangan keagamaan
dalam tv, antaranya Akademi Fantasia dan Mentor.
Kalau rancangan ni buat pukul 3 pagi pun, orang
akan bangun buat sembahyang tahajud depan tv.

11) Di Malaysia pemimpinnya rilek sahaja tengok
perang kat negara lain, tengok sahaja orang Islam
mati kena bom, dasar berkecuali yang diperkenalkan
sangat bagus sekali!.

12) Di Malaysia sekolah agama ditutup, tapi
sekolah cina dan india terus dibuka, sebab sekolah
agama ni boleh hasilkan pengganas Islam. Menteri
Nazri kata, apa guna sekolah agama kalau gejala
sosial masih berlaku.

Wah bijak betul menteriku ini!

Lihatlah dunia betapa Islamnya Malaysia ku ini!
Aku rasa sangat bertuah sekali!

Anonymous said...

htuuyuzew [url=http://ricostrong.net]Rico The Destroyer[/url]