
BATU PAHAT 6 Ogos – Ahli UMNO disaran kembali mempertahankan slogan Bersatu, Bersedia, Berkhidmat dengan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Presiden UMNO sebagai jaminan parti terus kukuh daripada sebarang masalah dan cubaan untuk merosakkannya.
tauxpe ~ OK bersatulah... bersetialah dan berkhidmatlah !
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz memberi peringatan itu sambil mengumpamakan UMNO sebagai sebuah bahtera yang sepatutnya hanya dikemudikan seorang nakhoda sahaja.


‘‘Ekoran itu apabila Bersetia kita kena setia kepada Presiden dan parti, kita tidak boleh teragak-agak memberi sokongan kepadanya"
tauxpe ~ Betul ler kata orang yang UMNO ini parti yang telah tumpul dasar pejuangannya... telah lari hala tuju penubuhannya... sebab tu lah dari hari kehari semakin ramai ahli umno lari meninggalkan UMNO.... org masuk mana2 organisasi kerana dasar perjuangannya... kerana apa yang diperjuangkannya... UMNO sendiri ketika ditubuhkan kurang mendapat sambutan daripada rakyat kerana rakyat tidak jelas apa perjuangan UMNO untuk rakyat. Rakyat lebih tertarik kepada perjuangan PKMM dan beberapa parti berhaluan kiri yang lain kerana mereka jelas dalam perjuangan untuk memerdekakan negara... kerana menyedari itu UMNO kembali memperkemaskan dasar perjuangan sehinggalah lahir slogan "Merdeka" bagi menggantikan "Hidup Melayu" dan aku yakin slogan UMNO itu sendiri diwujudkan atas prinsip perjuangan itu sendiri tapi kalau slogan itu sendiri dimenefestasikan kepada bersetia kepada Presiden maka kemana hala tuju yang hendak dibawa melainkan kepada kesetian membuta tuli kepada individu. Maka hilanglah dasar perjuangan kalau bersetia itu bukanlah bersetia kepada dasar perjuangan tetapi kepada individu.. kalau berkhidmat itu... bukanlah berkhidmat kepada perjuangan tetapi kepada individu.. kalau bersatu itu bukanlah bersatu untuk perjuangan tapi bersatu kepada individu maka jangan hairanlah UMNO hari ini semakin hari semakin reput... so dah reput tu... apa dok tunggu lagi takkan nak tunggu reput bersama... pakat keluar jerlah !
No comments:
Post a Comment