Saturday, May 27, 2006

KELENTONG IMAM MAZHAB ISLAM HADHARI !


Malaysia boleh dijadikan model negara Islam yang mengamalkan pemerintahan berteraskan demokrasi, toleransi antara kaum dan agama serta sentiasa sentiasa berusaha ke arah kemajuan dan pemodenan
(Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan daripada Berita Harian Online)

Betullah tok ayah lah.. memang Malaysia boleh jadi model negara Islam.. betul sesangat ler tu.. jenis model negara Islam yang bila Islam dihina pemimpin dia bukan setakat tak halang, tapi disokong lagi.. model negara Islam yang menyebabkan 250 000 orang Islam murtad.. model negara Islam yang menyokong gerakan anti-Islam.. model negara Islam yang menggalakkan sistem ekonomi kroni dan korupsi.. model negara Islam yang menindas pekerja.. model negara Islam yang mengencingkan hukum syariah.. model negara Islam yang menghukumkan hijab itu tidak wajib.. model negara Islam yang mengatakan al-Quran itu tidak relevan dan perlu dinilai semula.. model negara Islam yang memenjarakan bapa yang cuba mempertahankan akidah anaknya.. model negara Islam yang mengamalkan sistem kapitalis lintah darat.. model negara Islam yang buat tak tahu apabila ada umat Islam dinegara lain ditindas.. model negara Islam yang sentiasa tunduk dan taat kepada Amerika berbanding tunduk kepada Allah dan RasulNya.. betul ler tu.. Malaysia memang sebuah model negara Islam..! Mampus ler kau esok jawab ajelah depan Allah nanti..!tauXpe

OPERASI 6 JAHANAM ?

Tok Nomar dulu teruk KDN kau porak perandakan..
jgn pulak bawa agenda tu dlm kementerian pelajaran

Isu sekolah `sakit' dan terbengkalai dijangka selesai selepas Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan lebih teliti dalam pembinaan sekolah baru sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) ini.
(Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar-Petikan daripada Berita Harian Online)

Beb.. sekolah tak sakit beb.. lu berdua tu yang sakit beb.. kepala otak lu berdua dengan tok cham tu yang ada problem.. lu berdua tu yang sepatutnya pi masuk tadika balik.. belajar macamana susahnya pihak pengurusan sekolah, cikgu dan pelajar yang terpaksa berdepan dengan karenah lua berdua yang macam-macam.. sekejap itu.. sekejap ini.. sekejap nak buat itu.. sekejap nak buat ni.. apahal.. nak jer aku sekeh kepala kau.. geram siut.. cacamarba.. haru biru.. huru hara jadinya sistem pendidikan negara.. belum settle satu kaedah baru.. kau pengenalkan lagi kaedah lain pulak.. belum siap satu arahan.. kau keluar satu lagi arahan yang lain pulak.. aku dok rasa ler.. kementerian pelajaran ni diterajui oleh orang yang kepala dia 3 suku lah.. kau ngan tok cham sama saja.. sama-sama hampeh.. sama-sama kategori menteri yang mempunyai kebijaksanaan tahap cipan.. ceh.. entah macamana ler tok ayah lah boleh lantik kau orang berdua ni memimpin kementerian pelajaran.. buta ker mata tok ayah lah tu.. ker ada calling-calling.. ? tauXpe

AYAM TERLEPAS TAIK KENA KAT HIDUNG !

Jangan sedih tok nansatem..politik biasa ler

Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Adenan Satem tiada dalam senarai 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Kabinet dan Menteri Muda Sarawak
(Petikan daripada Berita Harian Online)

Hai.. dari dikatakan sebagai next ketua menteri tiba-tiba jgn kata ketua menteri jawatan menteri kabinet dan menteri muda pun tak senarai.. maka bermulalah nasib murung seorang ahli politik.. itulah tok nansatem dulu dah baik-baik duduk di kabinet persekutuan.. buat acuh tak acuh.. konon nak balik negeri nak tumpukan kepada negeri.. almaklumlah ada rumors kata tok nansatem bakal menggantikan tok ketua menteri tua tu.. tapi lah ni macamana.. nasib ler.. jaga aja ler kawasan tok nansatem tu.. kalau tok nansatem masih ada memasang impian nak jadi ketua menteri tu.. baik kebumikan saja ler impian tu.. takkan tok nansatem tak faham2 signal tu.. maksudnya next election siap-siap ler berkemas.. tak pe tok nansatem boleh jaga cucu pulak..!tauXpe

CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG....TERBONGKANG !

Mahkamah Tinggi di sini hari Jumaat diberitahu bahawa RHB Group of Companies mengalami kerugian RM500 juta akibat kemudahan pembiayaan margin (MFF) yang diluluskan oleh bekas pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Hussain kepada lima individu semasa krisis kewangan Asia pada 1997.
(Petikan daripada BERNAMA)

Selepas Tajuddin Ramlee.. satu lagi gergasi usahawan Melayu berdepan dengan tindakan mahkamah.. nasib kau lah yek ! lepas ni sapa pulak yer.. ! tapi yang aku dok pelik dimana umno yer ketika sorang demi sorang usahawan Melayu terlungkup menyungkur.. sedangkan masa depa semua ni senang.. duit banyak.. pemuka-pemuka umno ni ler yang asyik dok menempel kat usahawan-usahawan ni.. dulu cukup bangga dok ngaku depa semua ni adalah contoh usahawan Melayu yang perlu diikuti.. ler ni.. hujung mata pun tak pandang.. gitu ler adatnya jika budaya keusahawanan digantung pada dahan politik.. time senang depa sanjung.. bila time susah mapus kau ler.. situ ler tergolek kat tepi longkang.. oh ye nak tanya sikit ni... tak de ke sesiapa yang teringin nak usik-usik tok daim kiter tu.. tok daim kita nikan dikatakan sifu kepada usahawan-usahawan Melayu yang cemerlang, gemilang, terbilang yang sudahnya terbongkang ! tauXpe

SATU LAGI IDEA HAPRAK TOK AYAH LAH !

rock baby.. amacam rock tak tok ayah lah
Kerajaan akan menggunakan pendekatan menyeluruh berasaskan kepada tiga tunggak utama untuk membangunkan masyarakat luar bandar serta meningkatkan tahap pendapatan mereka.Tiga strategi itu ialah melaksanakan program-program pembangunan luar bandar yang menekankan pembangunan modal insan, membuka peluang-peluang ekonomi yang baru supaya penduduk luar bandar dapat menjana pendapatan ekonomi berterusan dan mengukuhkan keupayaan institusi sosial luar bandar dan keupayaan pelaksanaan.
(Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan daripada BERNAMA)

Ceh..buat penat aku membaca jer.. dengor mcm hebat tapi rupanya hampeh.. setakat strategi tu.. dari zaman Tun Abdul Razak dah depa dah citer.. cuba kau orang nengok balik gagasan penubuhan Felda.. itulah strategi yang diaorang gariskan untuk mencapai matlamat Felda bagi membangunkan masyarakat luar bandar.. wei.. tok ayah lah.. budak sekolah tadika boleh ler kau kencing.. malulah woi.. PIRATE idea orang lepas tu ngaku idea sendiri.. kalau setakat macam tu aku pun boleh jadi PM.. bukan susah.. duduk kat pejabat sehari suntuk buka balik kesemua fail 8 rancangan malaysia yang lepas lepas tu cedok ler satu-satu ideanya.. aku rasa ler kalau setakat macam tu anak ketua cawangan umno kat tempat aku ni yang tak pass pmr dan dah mula ngisap ganja tu pun boleh ler jadi PM..!ceh apalah malang negara aku dapat PM yang ahanya tahu cakap..cakap...cakap tapi buatnya ke parit.. mcm mat jenin.. ah mat jenin pun kira lebih baik !tauXpe

BAIK TAK PAYAH TOLONG LAGI BAGUS..!

sejibik siut..mcm guru besar sekolah aku dulu
Bantuan Malaysia kepada Palestin sebanyak US$16 juta (RM57.6 juta) adalah bagi projek infrastruktur asas yang akan menguntungkan rakyatnya
(Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar-Petikan daripada BERNAMA)

Nampak no kau orang ni tak ikhlas nak beri.. dahlah kau salurkan duit tu pada Mahmud Abas 'si munafik' tu.. lepas tu beri pulak dengan syarat..ceh.. sama jer macam amerika.. hampeh kau tau tak hampeh.. hampeh ni kategori manusia yang tak berguna.. tak pakai sesen pun.. ni ler kategori kau orang.. tau kenapa.. kau dah tahu dah rakyat pelestin sekarang tengah susah sungguh.. mereka semua bukan takat kena sekat ekonominya.. makanan, perubatan dan sebagainya semuanya disekat.. sepatutnya dlm keadaan mcm tu.. beri ler kepada HAMAS yang memerintah negara tu.. biar dia yang atutkan duit tu nak guna buat apa.. ni kau orang pakat beri duit suruh buat projek insfrastruktur.. kau orang ni kena baca buku fiqh keutamaan tulisan dr. yusuf alqardawi ler.. apa gunanya kemudahan infrastruktur kepada rakyat palestin kalau tiap-tiap hari depa kena bedil.. kalau tiap-tiap hari depa tak pernah kenyang.. kalau tiap-tiap hari ada saja yang mati tak mendapat rawatan mencukupi.. kau ni beri duit bukan nak bantu rakyat palestin tapi sebenarnya membantu yahudi laknatullah tu untuk menjatuhkan kerajaan HAMAS..!tauXpe

TOK YIDDIN PANAS PUNGGUK !

nampak mcm kamceng..tapi dlm hati sapa tau

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pimpinan Umno supaya berhati-hati dalam perilaku mereka atau dalam mengelolakan program parti yang boleh disalah anggap sebagai usaha untuk menarik sokongan dan sebagainya, sedangkan pemilihan Umno lambat lagi.
(Tan Sri Muhyiddin Yassin-Petikan daripada BERNAMA)

Ni.. awatnya ni.. tetiba tak de ribut tak de tofan.. tok yiddin kita ni citer pasal pemilihan umno ni.. awatnya tok yiddin risau ker.. yelah almaklum ler duduk kementerian pertanian.. yang duit tak berapa banyak.. risau nengok kengkawan yang lain dah mula laju melobi yer.. itulah kalau dulu pegang MB boleh gak jual tanah kat johor tu.. sebuat jer reganya.. tu singa kat seberang selat tu mesti ngap punya.. betul tok yiddin.. ker tok yiddin dah mula panas pungguk.. seteru2 kat johor tu dah mula pakat serang.. tok yiddin takkan tak kenal sapa dia tu.. mesti kenal punya.. takkan tok yiddin lupa lak kot mcmana pakatan depa semua ngan sorang tokoh korporat terkenal yang sanggup tabur duit berjuta2 untuk pastikan tok yiddin kalah masa pemilihan dulu.. ingatkan tok yiddin..? nak beritahu tok yiddin depa semua sekarang dah regroup balik.. tu isu tanah tu.. tok yiddin ingat sapa yang bagi maklumat.. banyak lagi tu tok yiddin.. tunggu jer lah.. nengok mengelegak ker tak..?tauXpe

Friday, May 26, 2006

BOSAN SIUT !


Kabinet akan dimaklumkan mengenai kedudukan harga barangan yang dipantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berikutan kenaikan tarif elektrik yang diumumkan kelmarin.
(Datuk S Veerasingam~Petikan daripada Berita Harian Online)

Hampes.. woi guna ler skrip lain pulak.. orang dah jemu ler..! tauXpe

DERIS JUSOH CONFIRM DAH SEWEL !


Pembubaran Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza) di Kuala Terengganu bukan bertujuan menjatuhkan imej pusat pengajian tinggi itu, sebaliknya kerajaan negeri mahu menaikkan tarafnya daripada sebuah kolej kepada universiti.
(Datuk Seri Idris Jusoh-Petikan Berita Harian Online)

Sudahlah lu.. kelentong lebih.. kalau dah muka kelentong tu kelentong juga.. kalau betul2 ikhlas apa salahnya kau naikkan jer taraf KUSZA jadi Universiti.. mcm UITM dari institut jadi universiti.. tak pun masa tu kerajaan bubarkan ITM.. naikkan taraf jer.. kan sedap kalau KUSZA selepas daripada ni dipanggil UNIVERSITI KUSZA.. kau tu memang hati israel.. jenis nak berlagak dan mengaku semuanya kau punya.. semua ada kat t'rengganu tu kau yang buat.. hampeh.. KUSZA yang ada value.. ada nilai.. ada sentimental value.. dan telah terbukti berjaya melahirkan individu2 yang berjaya.. dtg kau dengan muka celaka.. terus bubarkan... mampus kau deris.. aku doakan semoga kau kalah dan dihina.. sama mcmana kau hina KUSZA!tauXpe

TANGKAP DIA..!

Dr. Hamzaid Yahya mengakui, kenaikan tarif elektrik boleh memberi kesan terhadap kadar inflasi yang diunjur naik lima peratus dalam tempoh terdekat.

Dr. Haflah Piei bersetuju bahawa kenaikan tarif elektrik menyumbang kepada kenaikan inflasi yang meningkat kepada 4.8 peratus pada bulan Mac dan 4.6 peratus bulan April, akan meningkat lagi lima peratus selepas Jun ini.

Dr. Nungsari Ahmad Radzi, kenaikan inflasi akibat peningkatan tarif elektrik sememang tidak boleh dielakkan.
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Eh.. takde lah mana beri kesan.. taklah tarif elektrik naik tak de beri kesanlah... ni sapa yang pandai sangat kata beri kesan.. nak kena tangkap ISA dia ni.. dah kerajaan kata tak beri kesan.. tak beri kesan ler.. nape tak dengor cakap tok ayah lah ni.. nak kena sekeh dia ni.. tak reti bahasa.. kan kerajaan kata tak beri kesan.. so tak beri kesan ler.. jgn melawan.. ikut jer.. kalau yang ada iilmu pun.. yang cerdik pandai.. yang jadi pensyarah ker.. doktor ker.. professor ker.. pakar ekonomi ker... sapa punlah... kalau ada fakta mengatakan kenaikan tarif elektrik memberi kesan kepada rakyat.. jgn cakap.. diam jer.. ha.. kalau boleh.. kalau nak naik pangkat cepat.. putar belit fakta tu untuk sokong pandangan kerajaan yang kata kenaikan tu takkan memberi kesan.. hantar memorandum kepada kerajaan cakap kau orang sokong langkah kerajaan..! tauXpe
p/s:gambar kat atas tu gambar tok ayah lah masa di World Church Convention ( WCC).

HAPRAK LAGI MENGHAPRAKKAN !


Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata pendapat seorang penyokong kerajaan bahawa pembinaan jambatan kedua di Pulau Pinang akan memburukkan lagi kesesakan lalulintas di negeri itu adalah tidak salah.
(Tan Sri Dr Koh Tsu Koon-Petikan BERNAMA)

Hah kau orang fikir sendiri ler.. kalau dah ketua menteri sendiri cakap lagu tu.. maka apa perlunya jambatan kedua itu.. nampak no depa semua ni tak pernah buat kerja ikut prosedur.. semua pakai nafsu jer.. rasa2 nak buat jambatan.. buat.. rasa2 nak roboh tambak.. roboh.. dulu diaorang dah buat dah masa nak buat jambatan indah.. lancar projek.. buat kerja.. lepas tu bila tiba nak buat jambatan baru pecah tembelang.. rupanya depa tak settle kan dulu pasal kerjasama ngan singapura.. maka sudahnya projek hancur.. duit rakyat lebur gitu jer.. ni nak buat pulak jambatan kedua penang.. alasannya nak atasi masalah kesesakan di penang.. tak buat kajian.. tak buat apa terus dlm rmk9 peruntukkan jutaan duit utk buat jambatan.. memang ler kau orang ni jenis tak makan diajar.. kerjanya menyusahkan rakyat jer..!kalau dah jenis haprak tu.. tetap haprak juga..!tauXpe

KONFIUS AKU DIBUATNYA !


Malaysia akan menjadi negara pertama memberi sumbangan wang permulaan bagi menggerakkan Asia e-University berharga AS$50 juta yang dicadangkannya pada Mesyuarat Peringkat Menteri Dialog Kerjasama Asian (ACD) di Islamabad tahun lepas.
(Petikan BERNAMA)

Aku sendiri tak faham apa keperluannya Asia e-University ni.. apa keperluannya kepada negara.. apa sumbangannya kepada rakyat.. sehingga kerajaan sewenang-wenangnya meleburkan wang rakyat ke dalam projek tersebut.. aku dok fikir kan lebih bagus kalau duit itu digunakan untuk memperkasakan IPT kita yang semakin hari semakin menurun kredibalitinya.. lagi satu alangkah bagusnya juga kalau duit itu digunakan untuk membantu IPTS milik bumiputera yang semakin hari semakin tenat..! betul aku betul2 tak faham.. tindakan kerajaan ni yang dilihat seperti bidalan melayu.. kera dihutan disusukan.. anak dirumah dibiarkan kehausan.. kau orang fikir sendiri ler ! tauXpe

JAGA2 TOK AYAH LAH.. TENGOK SAPA DIBELAKANG TU..!


Dr Mahathir berada di sini bagi mempengerusikan perbincangan pada hari kedua Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-12 yang bertemakan "Masa Depan Asia" pada Jumaat. Bekas perdana menteri itu berkata beliau menghadiri Persidangan Nikkei sejak ia mula diadakan 12 tahun lepas
(Petikan daripada BERNAMA)

Fuh.. hebat che det.. mampui tok ayah lah mcm ni.. mana saja tok ayah lah gi.. kat situ mesti ada che det.. kau bayangkan ler dlm dok dia tak de jawatan pun.. dia boleh dijemput menjadi pengerusi membincangkan tentang masa depan asia.. hebatkan.. tok ayah lah mcmana pulak ? gitu jer lah.. jadi pengerusi OIC pun mcm lebih baik takde.. gitu juga jadi pengerusi NAM.. tak de apa pun yang digagaskan oleh tok ayah lah untuk menjadi NAM sebuah pertubuhan yang relevan.. nasib kau lah tok ayah lah..! aku lah klu kau orang tanya antara tok ayah lah ngan che det sapa yang aku pilih utk tadbir negara.. aku takkan teragak2 pilih che det.. walaupun aku nyampah nengok muka dia tapi dlm keadaan sekarang.. ketika kita berdepan ngan suasana dunia yang getir.. jelas che det lah yang paling sesuai menjadi PM berbanding tok ayah lah kita yang aku nengok semakin hari semakin entah apa2 entah...! tauXpe

BLAH LAH LU !


Kementerian Kewangan memilih Perangsang International Sdn Bhd (PISB) untuk membina bangunan Matrade walaupun para pegawai penilai tender Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah sepakat memilih syarikat lain.
(Datuk S. Samy Vellu-Petikan BERNAMA)

Ini ler sikap kau orang bila dah susah mula ler melilau tangan mencari mangsa untuk disalahkan.. ceh memang haprak.. langsung tak berguna.. buat mengabiskan reta kerajaan jer kerjanya.. cakap berdegar-degar nak saman tulah.. nak denda nilah.. tapi bila kena kat batang hidung sendiri mula ketaq.. ada maruah ker pemimpin mcm ni.. langsung tak de nilai.. kalau lelong kat Central Market pun confirm tak laku.. tak kira ler JKR ke.. finance ministry ker.. yang pasti dua2nya jenis kategori haprak..!tauXpe

HAPRAK PUNYA PEMIMPIN !


Kerajaan tidak bertindak secara tergesa-gesa dengan menaikkan tarif elektrik berkuatkuasa bulan depan, sebaliknya ia dilaksanakan secara bertanggungjawab selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak.
(Tan Sri Nor Mohamed Yakcop-Petikan BERNAMA)

Ye lah tu.. bertanggungjawab sangat ler tu.. tang mana yang dikatakan bertanggungjawab tu tak tahu pulak aku.. lepas tu yang kata mengambil kira pandangan pelbagai pihak tu pun tak reti aku nak cakap.. entah bila dia ambik kira pandangan org lain pun tak tahu ler.. yang setakat aku tahu pandangan TNB jer yang dipakai.. ceh.. tok sahlah nak berlakon.. tak best langsung.. hampeh.. kau tahu tak hampeh.. kau cakap lah apa pun.. kau cakap ler yang kenaikan ni tak membebankan ker.. kenaikan ni wajar ker.. tapi hakikat rakyat kat bawah tu menderita tetap berlaku.. tunggu jer lah p'raya akan datang.. baru kau tahu apa pandangan rakyat !tauXpe

TOK AYAH LAH MAKIN PENING !


Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak sepatutnya menaikkan kadar tarif kerana perkhidmatannya masih belum memuaskan, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu di sini hari ini.
(YB Lim Gim Soon~Petikan daripada BERNAMA)

Sekali lagi orang penang bikin gempak.. semalam dok bantah buat jambatan kedua.. ler ni bantah kenaikan tarif elektrik pulak.. syabas org penang.. bravo ! bravo !.. tok ayah lah confirm poning kepala.. yelah mana taknya dlm dok sibuk dia kata kenaikan tarif adalah wajar dan tidak membebankan rakyat, tetiba pulak org negeri sendiri yang bantah.. kalau pembangkang tak pe ler.. ni org parti sendiri.. parti BeEnd.. sian kau tok ayah lah.. nasib kau ler sapa suruh dok menipu jer kerjanya.. ler ni rasakan !tauXpe

Thursday, May 25, 2006

LAWAN JANGAN TAK LAWAN !


Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jasmin Mohamed, semalam mencetuskan kontroversi apabila menolak cadangan kerajaan Pusat membina jambatan kedua bernilai RM2.6 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RM-9).
(Petikan daripada Berita Harian Online)

Insyallah bakal mengikut jejak langkah tok rir kite ler ni.. tapikan.. aku rasa mcm ada benda yang tak kena jer.. yelah.. nak buat jambatan tu.. jambatan pulau pinang.. tok ayah lah org pulau pinang.. yang menentangpun org pulau pinang.. mcm ada apa2 ler.. yelah menentang projek jambatan pulau pinang sama saja menentang tok ayah lah.. sebab dah terang2 projek tu adalah projek tok ayah lah melalui rmk9.. kau agak2 mcmana.. kalau tak de apa2 takkan orang kampung tok ayah lah sendiri nak lawan cakap dia.. mesti ada apa2kan ?tauXpe

PESTA BURUNG KAKAK TUA !


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kenaikan tarif elektrik yang diumumkan Kabinet hari ini cukup wajar setelah mengambil kira kepentingan rakyat
tauXpe ~ relax tok ayah lah.. tok sah membebel nanti nampak pulak bebalnya tu.. !

Pengerusi Kelab Senator Malaysia, Datuk Hamzah Zainuddin, berkata kadar baru tarif elektrik itu membuktikan kerajaan bersikap adil kepada rakyat.
tauXpe ~ fuh memang adil.. adil sesangat tu.. adil dan prihatin.. nak adil lagi naikkan ler lagi !

Ahli Dewan Negara yang juga Setiausaha Agung Kelab Senator Malaysia, Datuk Syed Ali Alhabshee, berkata kadar purata 12 peratus itu adalah munasabah kerana tidak terlalu tinggi.
tauXpe ~ betul.. tak tinggi.. sikit jer tu ?

“Kadar ini masih antara yang terendah di rantau ini selepas Indonesia dan Taiwan berbanding kadar tarif elektrik di Thailand, Korea, China, Singapura dan Hong Kong.
tauXpe ~ mcm biasa dengar kan... tapi dimana yek ?

2 X 5.. 5 X 2 sama ajelah kau orang ni ! SEMUANYA HAMPEH !


Bekas Pengarah Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad mendakwa pemilik restoran Sri Steven’s Corner, Steven @ Sathiasilan a/l Sinnapan, 34, memberitahunya tuduhan rasuah terhadapnya dirancang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas.
(Petikan Berita Harian Online)

Ayoyo.. tok kayv peciter itu kudus sudah dedah dalam itu mahkamah.. dia kata kau sudah khianat sama dia.. sudah itu plan sama steven corner punya bos.. untuk tuduh dia dengan tuduhan rasuah apa mcm tok kayv.. mahu jawab kah ? itu lagi satu tuduhan kudus kata tok kayv sudah campur tangan sama itu pbt punya urusan.. ayoyo.. banyak susahlah ini mcm tok kayv.. itu tok kayv sudah cakap kuat2 hantam sama itu pbt.. rupanya tok kayv sendiri yang kasi susah sama itu pbt mahu buat kerja.. tok kayv.. lu sama itu tok sammy ah.. mcm satu geng jugak.. geng hampeh!tauXpe

SALUTE TO ARMY !


SEORANG Ahli Dewan Negara semalam mendedahkan kira-kira 8,000 bekas tentera kini hidup di bawah garis kemiskinan kerana masih menerima pencen bulanan RM400.
(Petikan Berita Harian Online)

Dah lama dah masalah ni wujud tapi baru sekarang kau orang sedar.. mcm ni ker yang kau orang kata kau orang menghargai prajurit2 negara.. berpuluh tahun diaorang memberi ketaatan dan kesetiaan kepada negara.. mengabaikan keluarga.. bertugas tak tentu masa.. tapi bila diaorang pencen.. kau orang pandang sebelah mata jer jasa mereka semua.. segala ahli sukan.. artis dan sebagainya kau beri pelbagai anugerah dan sumbangan.. tapi pada mereka yang membentengkan negara ini dengan tubuh badan mereka kau biarkan diorang miskin dan melarat.. apa punya kerajaan ler kau ni..! hampeh betui..!tauXpe